Pautan-pautan luar Wikipedia:Manual_gaya_penulisan

Wikipedia bukanlah koleksi pautan. Menulis rencana yang hanya mengandungi pautan luar adalah tidak digalakkan, tetapi adalah sesuai untuk ia merujuk kepada bahan yang lebih terperinci dari Konsortium Jaring Sedunia (WWW). Lebih-lebih lagi apabila anda telah menggunakan sesuatu tapak web sebagai sumber maklumat penting.

Peraturan susunan kata (sintaksis) untuk merujuk kepada URL ialah mudah. Hanya letakkannya di dalam kurungan:

[URL teks-tak-wajib-selepas-jarak]

URL perlu dimulai dengan http:// atau protokol WWW lain, seperti ftp:// atau news://.

Lihat juga Wikipedia:Pautan luar.

Tajuk-tajuk pautan

Anda boleh menambah tajuk kepada pautan luar dengan memberi teks selepas URL yang dipisahkan dengan jarak. Contohnya, ini ialah URL kosong:

[http://www.wikipedia.org ensiklopedia sumber-terbuka]

Sekarang satu tajuk telah ditambah:

ensiklopedia sumber-terbuka

Sesetengah URL kelihatan hodoh dan tidak memberi apa-apa maklumat; untuk kes ini, lebih sesuai memaparkan tajuk yang bermakna berbanding hanya meletakkan URL. Sebagai contoh:

tapak web Agensi Angkasa Eropah

Ia lebih mesra-pembaca berbanding

http://www.esa.int/export/esaCP/index.html

dan jika URL dipaparkan, jadikannya mudah supaya memberi halaman yang dikehendaki, misalnya, alihkan index.html

"Versi cetak" sesuatu halaman memaparkan dengan penuh kesemua URL, termasuklah URL yang diberikan tajuk, jadi tiada maklumat yang hilang.

URL sebagai nota kaki

Tanpa teks tak wajib, rujukan luar muncul sebagai nota kaki: Contoh,

[http://www.wikipedia.org]

dipaparkan begini:

Posisi di dalam rencana

Bentuk ini boleh digunakan untuk memasukkan rujukan URL dalam talian (inline) di dalam teks apabila perlu. Contoh:

Satu contoh baik komuniti bekerjasama dalam talian ialah [http://www.wikipedia.org Wikipedia, ensiklopedia sumber terbuka].

dipaparkan demikian:

Satu contoh baik komuniti bekerjasama dalam talian ialah Wikipedia, ensiklopedia sumber terbuka.

Namun di dalam kebanyakan kes, lebih baik pautan-pautan luar dikumpulkan di penghujung rencana di bawah kepala:

==Pautan luar==

Seperti mana kepala-kepala tangga atas, dua tanda kesetaraan (equals signs) perlu digunakan untuk tokokan kepala pautan luar (lihat Gaya tajuk bahagian di atas).

Tapak-tapak bahasa asing

Di dalam kebanyakan keadaan, adalah tidak berfaedah untuk menyenaraikan URL ke halaman-halaman web di dalam bahasa yang lain dari Inggeris di bawah Pautan luar. Namun, jika anda berasa yang ianya perlu, masukkan URL tetapi gambarkan bahasa tapak tersebut di dalam parentesis selepas senarai. Contoh:

  • El PaĆ­s, akhbar dari Madrid (di dalam bahasa Sepanyol)

Nota: Buat masa ini, tanpa tanda kurungan, URL dipaparkan sebagaimana ia ditulis:

Ciri ini mungkin hilang di dalam pelepasan masa hadapan dan di dalam kes-kes di mana anda ingin memaparkan URL kerana ia merupakan maklumat penting, adalah lebih baik jika bentuk pendek URL digunakan sebagai teks tak wajib (optional text):

Jenis fail

Jika pautan itu tidak kepada fail html, tetapi kepada fail yang misalan jenisnya pdf atau jpg, nota yang boleh membantu pembaca membuat keputusan sama ada hendak membuka atau memuat turun fail terdahulu adalah diutamakan.

Saiz fail

Jika pautan itu kepada fail yang besar (di dalam kes html: termasuk imej-imej) satu nota mengenai hal itu adalah berguna. Seseorang dengan hubungan perlahan mungkin memilih untuk tidak menggunakannya (pautan).